Selamat Datang ke SI KEMBAR

SEBAGAIMANA yang dijanjikan dan juga bagi meneruskan agenda Hasil Negeri Untuk Rakyat melalui Program Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor, kini didatangkan satu lagi skim yang dikhaskan untuk anak-anak kecil bawah 4 tahun, yang layak di Negeri Selangor.


Ibu bapa kanak-kanak di bawah usia 4 tahun yang menepati syarat, layak mendapat SKIM BANTUAN ASUHAN RAKYAT.


SKIM BANTUAN ASUHAN RAKYAT atau ringkasnya SI KEMBAR ini adalah satu lagi program Merakyatkan Ekonomi Selangor. Janji Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor untuk menambah program Merakyatkan Ekonomi Selangor dari semasa ke semasa terus ditunaikan.


Meneruskan dan menambah program tersebut adalah supaya rakyat Selangor dari pelbagai golongan masyarakat, tanpa mengira usia, bangsa, agama dan fahaman politik mendapat faedah semaksimum mungkin manfaat bagi menepati Hasil Negeri Untuk Rakyat. SI KEMBAR, manfaat untuk Si Kecil telah bermula dan akan dilaksanakan sehingga berjaya selagi

Berita Terkini

  • KURSUS INTENSIF PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (KIPK) SIRI 3/2014   [2014/12/3]
    [SHAH ALAM] Pada 15 dan 16 November 2014 telah diadakan Kursus Intensif Perkembangan Kanak-Kanak Siri 3/2014 di Intekma Resort & Convention Center, Shah Alam. Seramai 30 orang peserta telah menyertai kursus ini. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pengusaha taska terutamanya taska di rumah tentang perkembangan awal kanak-kanak serta membantu taska untuk berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

  • Kursus KIPK Siri 2/2014 Di Intekma Resort Shah Alam   [2014/6/25]
    Kursus Intensif Perkembangan Kanak-Kanak (KIPK) yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Kebajikan Negeri Selangor dengan kerjasama pihak RMSB ini telah memasuki Siri 2 bagi Tahun 2014. Kursus ini telah dirasmikan oleh YB Puan Hjh Rodziah Ismail selaku Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita Kerajaan Negeri Selangor di Intekma Resort, Shah Alam selama 2 hari 1 malam, iaitu pada 24-25 Mei 2014 dan telah dihadiri seramai 27 orang peserta.

  • Seramai 429 kanak-kanak layak mendapat bantuan Sikembar (81 Taska) sehingga bulan Februari 2014   [2014/3/17]
    Sehingga bulan Februari 2014 Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKembar) telah memberi bantuan kepada anak-anak yang berjaya berjumlah 429 orang. Sebanyak 372 taska yang berdaftar dengan SiKembar , tetapi hanya 81 buah Taska sahaja mempunyai pemohon yang berjaya mendapat bantuan.

  • Seramai 269 kanak-kanak layak mendapat bantuan Sikembar (51 Taska) sehingga bulan September 2013    [2013/9/23]
    Bermula tahun 2013 dari bulan Januari sehingga Septermber 2013 sebanyak 51 taska yang telah mendapat bantuan SiKembar dengan jumlah keseluruhan kanak-kanak yang layak adalah seramai 269 orang.

    Jumlah yang akan mendapat bantuan SiKembar akan bertambah kerana telah ada syarat baru yang telah diluluskan untuk memberi peluang kepada ibu bapa yang berkelayakan dengan syarat baru.

  • Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKEMBAR) Syarat-syarat Baru Untuk Ibu Bapa Yang Menghantar Anak Ke Taska   [2013/9/23]
    Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKembar) telah mendapat kelulusan syarat-syarat baru untuk memberi peluang lebih luas lagi kepada ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke Taska yang telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

    Syarat-syarat baru tersebut adalah seperti berikut :

    Pendapatan Seisi rumah :

    1. RM 2,500 ke bawah yang menanggung anak paling kurang 1 orang.

    2. RM 3,000 ke bawah yang menanggung anak paling kurang 2 orang.

    Syarat-syarat lain adalah sama dengan syarat lama tidak ada perubahan.

Makluman

  • PERMOHONAN SKIM BANTUAN ASUHAN RAKYAT 2015   [2014/12/3]
    Sukacita ingin dimaklumkan bahawa permohonan Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKEMBAR) bagi tahun 2015 telah dibuka. Para ibubapa yang berminat untuk memohon bolehlah menghantar borang permohonan ke taska masing-masing atau terus ke pejabat kami di Rantaian Mesra Sdn Bhd (alamat seperti yang tertera di halaman depan). Pastikan taska atau pusat jagaan tersebut telah berdaftar dengan Skim Bantuan Asuhan Rakyat. Sila hubungi kami jika terdapat sebarang pertanyaan.

  • Permohonan Bagi Tahun 2014 Telah Ditutup   [2014/9/22]
    Untuk makluman warga Selangor, permohonan Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKEMBAR) bagi Tahun 2014 telah pun ditutup, manakala permohonan bagi Januari 2015 pula akan mula dibuka pada Disember 2014. Terima kasih.

  • Seramai 644 Kanak-Kanak Telah Mendapat Bantuan SiKEMBAR Sehingga Jun 2014   [2014/6/25]
    Sehingga Jun 2014 SiKEMBAR telah mendapat pendaftaran sebanyak 99 buah taska dan seramai 644 kanak-kanak telah lulus bagi bantuan pembayaran yuran taska ini. Sasaran skim bantuan asuhan rakyat ini adalah kepada ibubapa yang kedua-duanya bekerja dan menghantar anaknya ke taska atau pusat jagaan serta mempunyai pendapatan kurang dari RM3,000 seisi rumah.

  • Kursus Intensif Perkembangan Kanak-Kanak (KIPK) Siri 4    [2014/3/17]
    Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKembar) akan mengadakan Kursus KIPK (Kursus Intensif Perkembangan Kanak-kanak) ke 4 pada 29-30 Mac 2014. Sesiapa yang berminat sila hubungi Rantaian Mesra Sdn Bhd 03-55103468 / 55103472. Sasaran pesrta kursus adalah mereka yang sedang membuka Taska Di Rumah yang tidak mempunyai Sijil Kelulusan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Terima kasih

  • Kursus Intensif Perkembangan Kanak-Kanak (KIPK)   [2013/10/17]
    Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKembar) akan mengadakan Kursus KIPK (Kursus Intensif Perkembangan Kanak-kanak) pada bulan Novermber dan Disember 2013. Sesiapa yang berminat sila hubungi Rantaian Mesra Sdn Bhd 03-55103468 / 55103472. Sasaran pesrta kursusu adalah mereka yang sedang membuka Taska Di Rumah yang tidak mempunyai Sijil Kelulusan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.




Pautan

img_124785260bc7077518.jpg

Menu Utama

Pautan

img_180794f94ddcb5f339.png
img_288934f94e21787371.png
img_59514f94e8a573389.png
img_79004f94f137c0d3a.png



Selangorkini Atas Talian

SelangorKini Edisi Disember 2014
>> Arkib SelangorKini : Klik sini

Video Sikembar 2